masih bertudung dan...
berbaju dan berseluar ketat,
apa lagi yang tidak bertudung,
rambut warna-warni,
baju ketat dan singkat,
nampak pusat nampak aurat,
bangga dengan imej barat,
umat islam mudah alpa,
solat tiang agama,
tanpanya runtuhlah agama,
Subuh?
nyenyak lena diselimut kulit khinzir,
Zohor?
kerja mengatasi kewajipan,
Asar?
leka bermain dengan syaitan,
Maghrib?
rancangan TV lebih penting,
Isyak?
"tak larat" dan "mengantuk" jadi alasan.
perang sana sini,
umat islam ditindas lagi,
kita di sini marah sekali,
tapi di mulut orang yahudi,
sekali hisap, nak lagi.
bulan ramadhan membawa berkat,
dalamnya ada Lailatul Qadar,
siang hari kita berpuasa,
tapi ada juga terlupa,
malam hari kita bertarawih,
tapi membakar duit bermain mercun,
tetap ada.
buat baik diberi pahala,
ganjarannya syurga,
buat jahat diberi dosa,
ganjarannya neraka,
ingatlah lima perkara,
sebelum tiba lima perkara.
Bangunlah!!
Sedarlah!!
Bangkitlah!!
Wahai Umat Islam...
Ummati,ummati,ummati...
Jangan alpa lagi,
Kerana perjuanganmu,
belum selesai lagi,
Allahu Akbar!!!
*Di mulakan dengan bismillah
*Di akhiri dengan alhamdulillah